TERNAKAN IKAN KELI…

Ikan Keli

Ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia . Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik.

Sekarang ni ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersial. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.

p10005721Ternakan

Ikan keli boleh diternak dalam kolam besar, kanvas atau sekadar dalam kolah. Mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Ikan keli yang diternak di kawasan sawah padi dapat membantu mengawal makluk perosak dengan memakan ulat2, larva cacing dan serangga.

Untuk menjadikan ternakan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang2nya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Ikan keli di beri makan seperti pellet, daging atau lemak ayam, ikan baja atau roti. Ikan lebih gemar makanan berbentuk pepejal.

Hasilkeli

Hasil ikan keli oleh dikutip selepas 60-90 hari selepas di lepaskan dalam kolam. Purata berat sekitar 200gram sekilo dan dijual sekitar RM3 sekilo. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.

Peluang

Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Selain untuk masakan ikan keli boleh juga dip roses dagingnya seperti surimi,ikan salai dan sardin.

PENANAMAN FERTIGASI

fertigasi

Takrif Fertigasi

Satu kaedah penanaman dimana baja (dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan.

Kaedah Fetigasi

Merupakan satu kaedah terkini di mana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan mineral dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan yang biasa digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan jenis renjis atau lain-lain lebih cenderung untuk pengagihan bahan kimia seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain.

Dua asas utaman fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah altenatif mengatasi masalah penanaman. Media bukan tanah (soiless culture) seperti pasir, arang dan habuk sabut digunakan bertujuan mengatasi masalah kesesuaian atau penyakit tanah. Media diisi di dalam bekas seperti polibeg atau pasu bersaiz tertentu untuk memenuhi keperluan zon perakaran tanaman yang optima sesuai sesuatu tanaman.

Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaeadah altenatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkahawal diambil perhatian termasuk sifat mediayang baik dan sesuai unutk jenis-jenis tanaman. Jenis dan bekas tanaman dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman yang digunakan dan diletakkan tanpa mencecah tanah adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya patogen daripada tanah.

Dalam situasi begini media tanaman bukan tanah tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau mencukupi unutk keperluan pertumbuhan pokok. kaedah ini juga boleh dipanggil hidroponik  beraggregat atau hidroponik titisan. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutrien (keseimbangan, kepekatan, pH, kualiti) mutu air dan input yang dibekalkan.

Secara ringkasnya, kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian baik (GAP), sentiasa di dalam kawalan menuju ke arah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam transformasi teknologi pertanian tinggi.

kbncili

KELEBIHAN KAEDAH FERTIAGASI

Kaedah penanaman secara fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional iaitu:

  1. Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhannya.
  2. Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindar masalah penyakit.
  3. Mengatasi masalah tanah (tidak subur, perumah penyakit dan perosak).
  4. Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
  5. Tiada masalah merumpai – jika lantai simen atau ditutup dengan plastik sepenuhnya.
  6. Kualiti hasil yang lebih baik  – rasa, struktur dan ketahanan simpanan.
  7. Penggunaan baja yang cekap – mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
  8. Mengurangkan penggunaanracun ke atas tanaman terutamanyajika jejaring kalis serangga digunapakai.
  9. Hasil lebih tinggi (boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda).

Potensi tanaman cendawan

BENGKEL Usahawan Mega-Utusan yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Agrobank telah mendapat sambutan menggalakkan walaupun baru pertama kali diperkenalkan. Kira-kira 300 peserta menghadiri bengkel permulaan selama sehari itu yang menampilkan beberapa penceramah dari UPM, Agrobank dan usahawan cendawan yang berjaya.

Bagi memberi peluang kepada lebih ramai pembaca Utusan Malaysia turut mengikuti bengkel tersebut, mulai minggu ini, Bahagian Agro-Mega akan memaparkan bahan-bahan yang berkaitan tanaman cendawan yang dipetik dari bahan-bahan penceramah.

Baca lagi »

Penyakit Cendawan & Cara Penyelesaiannya

Pengenalan

Memang telah menjadi resam berurusan dengan hidupan pasti akan ada masalah sakit dan matinya. Setakat ini saya pernah melihat beberapa pengusaha yang berhenti separuh jalan kerana 2 sebab sahaja. Perkara ini patut di war warkan kepada semua yang belum terlibat tetapi sudah berminat, supaya mereka merancang semasak-masaknya sebelum menceburkan diri.

Jika anda sudah membuka ladang dan ladang anda diserang penyakit, apakah yang perlu dilakukan? Jabatan atau pihak mana yang boleh diharapkan untuk membantu? Melalui pengalaman saya, kita tidak boleh berharap pada sesiapa pun. Tiada satu jabatan ketika ini yang dikhaskan khusus untuk kaji selidik tanaman cendawan serta penyakitnya. Tidak seperti tanaman industri lain seperti getah dan kelapa sawit yang ada pusat penyelidikannya.

Alhamdulillah, pengalaman yang saya dapat selama 6 tahun dalam bidang penanaman cendawan ini membawa saya kepada saya sekarang ini. Kini saya ingin kongsikannya dengan semua,. terutama berkenaan dengan penyakit cendawan. Ia juga menjadi salah satu modul yang diperbincangkan secara mendalam dalam Kursus Intensif Tanaman Cima Agro yang saya adakan. Semoga rakan-rakan satu bidang dengan saya yang juga menganjurkan kursus tanaman cendawan, dapat menyampaikan ilmu saya yang tidak seberapa ini pada peserta kursus masing-masing.

Baca lagi »

Maklumat Tentang Kulat Hijau Yang Menyerang Cendawan

Salam hormat semua. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan ramai yang bertanya berkenaan kulat hijau dan adakah kaedah untuk menghalangnya dan juga cara pembasmian yang efektif. Maka disini saya terangkan berkenaan kulat hijau serba sedikit serta pembasmiannya berdasarkan kajian serta rujukan-rujukan dari artikel-artikel, buku-buku, interview dari pengusaha-pengusaha cendawan serta orang perseorang yang mahir dalam bidang ini.

Tentang Kulat Hijau (Trichoderma)Kulat hijau memang biasa menyerang beg media dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan jangkitan kepada beg-beg media lain. Kulat hijau atau Trichoderma (seperti dalam gambar) cepat membiak sehingga boleh melumpuhkan perusahaan cendawan. Jangkitan kulat hijau yang serius boleh mencapai 30%-100% daripada keseluruhan jumlah beg media dalam rumah cendawan. Sekurang-kurangnya terdapat 32 spesis Trichoderma tetapi hanya 7 dari spesis ini yang biasa dikesan.

Diantara 7 spesis ini hanya Trichoderma Viride yang mudah dikenalpasti. Spesis Trichoderma Harzianum dan Trichoderma Aggressivum adalah yang paling cepat merebak begitu juga dengan Trichoderma Pseudokoningii yang akan memberi kesan kepada hasil cendawan.Trichoderma membiak dengan cara merayap, menerbangkan sepora melalui udara dan melalui pergerakan oleh manusia, binatang atau serangga. Kulat hijau asalnya terdapat di tanah, air dan pada bahan-bahan organik.

Punca dan pencegahan

Baca lagi »

Nilai Nutrisi dan Perubatan Cendawan

Cendawan Telinga kera/Jeli hitam (Auricularia sp.)
  • Merawat gangguan kardiovaskular: memecah darah beku, mengawal alur tekanan darah, merendah kolestrol dan lipid
  • Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA
  • Boleh mengurangkan berat badan

Cendawan kukur (Schizophyllum commune)

  • Mengandungi schizophyllan iaitu ubat antitumor dan kanser
  • Meningkatkan sistem imun: antiradangan, antibakteria dan antiparasit
  • Melindungi hati

Baca lagi »

Proses Penanaman Cendawan

1. PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:
Habuk Kayu Getah
Dedak Halus
Kapur Pertanian
Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

Cara:
1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.
Baca lagi »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.